Ahad, 29 Januari 2012

Motivasi kerja – minat atau duit?

Motivasi kerja akan timbul dengan lebih kuat, lebih lama apabila kita tahu SEBAB untuk kita bekerja.
Tanya diri Anda sendiri dengan soalan-soalan ini:
1. untuk apa bekerja?
2. untuk apa Anda bekerja dalam jawatan yang Anda pilih sekarang ini?
3. kenapa Anda pilih jawatan itu dan bukannya jawatan lain?
Apabila Anda dapati Anda bekerja untuk duit, Anda bekerja dalam jawatan sekarang ni sebab Anda nak banyak duit, Anda pilih jawatan tu sebab Anda rasa Anda boleh buat dengan cukup baik serta kerja tu sesuai ngan Anda, maka itulah faktor pencetus motivasi Anda – duit.
Ada orang tak serasi ngan kerja sekarang ni tapi dapat bertahan lama bertahun-tahun lamanya sebab satu – DUIT. Kerana duit, dia menempuh segala kesibukan, segala tekanan, segala permasalahan hanya untuk menerima gaji tetap di hujung bulan.
Kita perlu berterus terang dengan diri sendiri.
Andai kata kita rasa selesa menjadikan duit menjadi sumber motivasi kerja kita, maka pilihlah duit sebagai pencetus motivasi kerja kita dan pandanglah ia dari sudut positif supaya kita bersemangat sentisa.
Kapasiti kerja setiap orang berbeza-beza, begitu juga bakat, kerajinan dan kesanggupan. Kita perlu jujur pada diri sendiri, usah menipu-menipu atau menidakkan semata-mata didorong oleh ego kita.
Andai kata Anda minat kerja sekarang ni sebab minat dengan proses kerjanya, maka katakanlah begitu. Katakan saja minat adalah pencetus motivasi kerja Anda, bukan duit dari kerja tu. Maknanya, semakin banyak tugasan yang Anda buat, semakin minat Anda dengan kerja, duit bukan persoalannya.
Bila Anda dah semakin jujur pada diri sendiri, Anda akan perasan yang Anda akan jadi makin bersemangat dari sehari ke sehari.
Inilah yang dikatakan minat sebagai pencetus motivasi kerja. Walaupun duit penting, tapi duit tak mempengaruhi Anda.
Muhasabah diri Anda hari ini juga.
Mana satu yang lebih power sebagai pencetus motivasi Anda – minat..atau.. duit?
Kena jujur pada diri sendiri sebab bila Anda dah tahu faktor motivasi sebenar Anda, akan jadi makin bersemangat jadinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan