Ahad, 29 Januari 2012

Anyong Aseo sume rakan blogger!!

Hari ini..adalah HARI LAHIR my BoyPren...SELAMAT HARI JADI..SELAMAT HARI JADI...SELAMAT HARI JADI ABANG ZACK!!SELAMAT HARI JADI!!! 
Semoga hari yang bermakna ini memberi keberkatan kepada abang dalam apa jua perkara atau perbuatan yang di lakukan...Semoga segala yang dilakukan adalah dengan keredhaan Alah s.w.t..Semoga dilimpahkan kurniaan rezeki kepada dia dalam pengorbanan dan usahanya untuk berjaya dalam bidang perniagaan...InsyaAlah..
ADA lagi satu hari bermakna bagi kita berdua ialah HARI ULANG TAHUN kami yang ke-5..semoga tahun ini adalah rezeki kami mengikat tali perhubungan dan kekal hingga ke jinjang pelamin...AMIN ya rabbal alamin....aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia..die adalah insan yg sederhana, pendiam, bertanggungjawab, sabar,setia, mudah memahami, pemaaf, sering membantu ketika dlm kesusahan dan memberi tunjuk ajar dlm byk perkara...die juga seorang yg berfikir jauh dan MATANG...itu yang aku suke pada dirinya...Subhanallah semoga yang diimpikan akan menjadi kenyataan...sebagai pasangan tak ada siapa yg tidak pernah mengimpikan hidup bersama dan bahagia...AMIN





Terima diri sendiri.....

 Jika Anda kurus melidi, terimalah diri Anda.
Terima hakikat yang badan Anda kurus. Jika Anda gemuk berisi macam saye, terimalah diri Anda seadanya. Ramai di antara kita kurang selesa dengan keadaan diri kita kerana:
  1. kita tak menerima keadaan diri kita yang sekarang.
  2. kita nak menjadi seperti orang lain.
Jika badan kita gemuk, kita kurang selesa sebab orang selalu ketawakan kita, kesannya kita teringin sangat nak jadi ‘slim’. Jika badan kita kurus kering (slim gile!) kita nak jadi macam orang lain yang badannya berisi supaya sekurang-kurangnya tak le orang ketawakan sebab badan kita kurus.
Dari pemerhatian saya, selagi kita ikut cakapan orang, selagi itu hidup kita tak akan teratur. Lebih baik tentukan hidup ikut selera sendiri, pendiran sendiri, matlamat sendiri. Pilih untuk membentuk hidup Anda mengikut kemahuan Anda, bukan kemahuan orang-orang disekeliling Anda.
Itulah pentingnya matlamat supaya anda ada tahu orang cemana Anda nak jadi, supaya Anda tahu apa yang Anda nak capai, supaya Anda ada kawalan penuh terhadap hidup Anda keseluruhannya. Terima diri sendiri kemudian set matlamat untuk perbaikinya supaya Anda merasa selesa, lantas membuat Anda bersemangat sentiasa mencapai impian Anda.

Motivasi kerja – minat atau duit?

Motivasi kerja akan timbul dengan lebih kuat, lebih lama apabila kita tahu SEBAB untuk kita bekerja.
Tanya diri Anda sendiri dengan soalan-soalan ini:
1. untuk apa bekerja?
2. untuk apa Anda bekerja dalam jawatan yang Anda pilih sekarang ini?
3. kenapa Anda pilih jawatan itu dan bukannya jawatan lain?
Apabila Anda dapati Anda bekerja untuk duit, Anda bekerja dalam jawatan sekarang ni sebab Anda nak banyak duit, Anda pilih jawatan tu sebab Anda rasa Anda boleh buat dengan cukup baik serta kerja tu sesuai ngan Anda, maka itulah faktor pencetus motivasi Anda – duit.
Ada orang tak serasi ngan kerja sekarang ni tapi dapat bertahan lama bertahun-tahun lamanya sebab satu – DUIT. Kerana duit, dia menempuh segala kesibukan, segala tekanan, segala permasalahan hanya untuk menerima gaji tetap di hujung bulan.
Kita perlu berterus terang dengan diri sendiri.
Andai kata kita rasa selesa menjadikan duit menjadi sumber motivasi kerja kita, maka pilihlah duit sebagai pencetus motivasi kerja kita dan pandanglah ia dari sudut positif supaya kita bersemangat sentisa.
Kapasiti kerja setiap orang berbeza-beza, begitu juga bakat, kerajinan dan kesanggupan. Kita perlu jujur pada diri sendiri, usah menipu-menipu atau menidakkan semata-mata didorong oleh ego kita.
Andai kata Anda minat kerja sekarang ni sebab minat dengan proses kerjanya, maka katakanlah begitu. Katakan saja minat adalah pencetus motivasi kerja Anda, bukan duit dari kerja tu. Maknanya, semakin banyak tugasan yang Anda buat, semakin minat Anda dengan kerja, duit bukan persoalannya.
Bila Anda dah semakin jujur pada diri sendiri, Anda akan perasan yang Anda akan jadi makin bersemangat dari sehari ke sehari.
Inilah yang dikatakan minat sebagai pencetus motivasi kerja. Walaupun duit penting, tapi duit tak mempengaruhi Anda.
Muhasabah diri Anda hari ini juga.
Mana satu yang lebih power sebagai pencetus motivasi Anda – minat..atau.. duit?
Kena jujur pada diri sendiri sebab bila Anda dah tahu faktor motivasi sebenar Anda, akan jadi makin bersemangat jadinya.

Sabtu, 28 Januari 2012

Cerita Tentang Kerja..WORK..WORK..WORK!!!

KALAU nak diceritakan tentang kerja ni mmg tak kan habis sampai la kita semua da x de kat dunia ni...maksudnya klo manusia tak bekerja tak kira la dengan apa keje sekalipun...bisness ke,keje opis ke,keje sales ke n mcm2 cara manusia cari pendapatan yang halal untuk menampung diri dengan makan nye,pakainye, bil2 lain nye....sume nye guna duet, klo x keje cmne nak byr sume tu...bagi mereka yg sudah berkeluarga mmg dh tanggungjawab mereka utk bekerja menampung anak2 dan rumah...so dari sekarang la aku MESTI cari keje tetap sebelum aku melangkah ke dunia baru a.k.a dunia perkhawinan dan dunia keluarga...walaupun aku seorang wanita dan akan menjadi suri rumahtangga tapi aku tak akan jadi suri rumahtangga sepenuh masa kerana aku ingin menjadi wanita bekerjaya dan aku mempunyai cita-cita...selain itu, aku perlu membantu bakal suamiku dalam hal kewangan rumahtangga. Dalam hal ni, aku teringat dengan kata-kata @ teguran @ memarahiku,aku pun tak pasti iaitu bosku yang seorang pemarah dengan tiba2...ini dialognya "ha mung bila mung nak dapak keje tetak?" aku pun dengan selamba jawab lom dapak ag r boh..lom ade rejeki kot..." tibe2 suara die naik...die oyak ag.."ish mung ni...lom ag lom ag...mung dok cari keje kok?mung asyik gini ja...gini ja...aku nok gak cari org lain..." aduh tersentap aku...aku ckp la.."bos tak suke ke sy keje cni?" die ckp "ho la...aku nok org lain plok" eh ak pon pelik..ak pn ckp la.."puan dh tak suke sy kat cni ke??"die jwb benda yg sme gak..die ckp tu mcm merendah2 kan diri aku ni...aku tau la aku ni sambilan je...pelajaran pn tak seberapa, mmg nampak la muke berang die tu...masa tu, jantung aku berdenyut laju..perasaan tbe2 bertukar menjadi hiba,sedih,sebak,geram dan sakit hati..aku tahan je...pastu aku terus masuk toilet dan airmata terus mengalir laju...aku telah merasakan diri aku ini hina sangat, kecik sangat dan terlalu sakit hati dengan kata-kata bos td...patut ke?seorang bos menegur anak buah nye dengan cara macam tu??patut ke???selama 1 tahun 8 bln aku kje kat cni aku mmg pernah dimarah oleh nye krn mslh keje tp aku boleh trima sbb keje...ini masalah rezeki manusia..kenapa die sebok2 nk mengata..seolah2 aku tak berusaha mencari....aku tak akan lupakan kata2 bos pada hari itu..ak ingt lg tarikh dan waktu nya....sentiase bermain diingatan...Oleh itu, aku bernekad untuk berusaha mencari yang terbaik hingga berjaya mendapatkannya..chayok2...malaysia boleh!!! aku pon BOLEH!!!!

Khamis, 27 Oktober 2011

Coretan Hari ini...


 Hari ini adalah ari yg hepi buat diriku kerana dapat meluangkan masa bersama yg tersayang...Apabila keletihan bekerja dan bila dapat berjumpa melepaskan kerinduan..perasaan letih hilang begitu saja...tetapi dalam kegembiraan kami, terdapat juga kerisauan, kebingungan dan kestressan kerana beberapa perkara yang menjadi isu utama yg diperkatakan dan dikaitan dalam setiap hubungan antara pasangan kekasih....semoga segalanya kami dapat atasi secara perlahan-lahan, teratur dan tiada masalah...insyaAllah dengan izin Allah S.W.T dan berkat doa kami...segalanya dapat diharungi dengan tabah dan sabar...Amin Yarabbal Alamin...

Rabu, 26 Oktober 2011

Betapa Berharganya Seorang... "Wanita"

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............